Memahami Istilah Cinta
Ramai pasangan yang
melafazkan cinta, tetapi sebenarnya
mereka tidak mengetahui mengapa dan
kenapa mereka
bercinta. Alam
percintaan sememangnya indah, bagi
pasangan yang sedang
asyik dilamun cinta, dunia ini
ibarat mereka yang
punya.
Namun begitu masih
ramai yang tidak mengetahui apa itu
cinta dan bagaimana
mahu menjadikan ikatan cinta yang
dijalin akan terus
membawa ke jinjing pelamin.
Kefahaman tentang
konsep cinta antara lelaki dan wanita
perlu diketahui serba
sedikit agar hubungan cinta yang
dijalin tidak membawa
kepada kekecewaan.
Bagi wanita cinta
adalah sejenis emosi. Kepada orang
lelaki cinta adalah
suatu peristiwa, suatu kejadian dan
bukannya emosi. Setiap
peristiwa mempunyai permulaan dan
penghujung. oleh itu
bagi orang lelaki sekali mereka
jatuh cinta dengan
wanita, maka cinta itu akan terus
kekal jika tiada
halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki
apabila telah melafazkan cintanya
kepada wanita, tidak
kiralah melalui pa sekali pun, sama
ada ikatan janji yang
diucapkan sesama sendiri, ikatan
tali pertunangan, mahupun
melalui pernikahan, maka
baginya selepas itu
perkataan cinta tidak perlu
disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan
wanita, mereka mahu sentiasa
mendengar kata-kata
belaian kasih dibisikan di telinga
mereka walaupun seribu
kali dalam sehari. Inilah yang
menjadi perbezaan
ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan
wanita.
Apabila seseorang
lelaki telah berkahwin, mereka
beranggapan perkataan
"cinta" tidak perlu lagi
dilafazkan. Inilah
punca utama yang sering terjadi,
wanita atau isteri
merasa kecil hati, tidak lagi
dihargai malah ada
ketikanya mereka merasakan si suami
tidak lagi kasih
kepadanya. Ada yang lebih parah apabila
mengatakan si suami
mempunyai kekasih lain.
Wanita mahukan cinta
dizahirkan dengan cara perkataan
juga perbuatan. Pusat
cinta dan kemesraan perhubungan
bagi wanita dan lelaki
ialah dengan aktiviti
bercakap-cakap dan
berbincang mengenainya.
Pusat cinta bagi lelaki
pula ialah aktiviti fizikal,
begitu juga pusat
hubungan nikmat kemesraan hubungan
dengan pasangannya.
Mereka lebih suka melakukan pelbagai
aktiviti bersama
pasangannya dan melalui cara ini mereka
telah menzahirkan perasaan cinta.
Berdasarkan pada
hakikat ini, pihak wanita perlu
memahami hasrat dan
cara lelaki mebicarakan soal cinta.
Mereka perlu turut
serta dalam aktiviti yang diminati
pasangannya.
Contohnya, jika si
lelaki mempunyai hobi memancing,
sekali sekala si isteri
pergi bersama dan dalam keadaan
begini si suami merasai
dicintai dan disayangi.
Lelaki juga perlu ambil
tahu akan keinginan pasangannya.
Apalah salahnya jika
mengucapkan kata-kata cinta pada
hari istimewa si isteri
seperti hari ulang tahun
perkahwinan atau hari
ulangtahun kelahirannya.
Adalah lebih baik jika
diberikan hadiah-hadiah yang
lebih romantik seperti
bunga, cincin idaman dan
sebagainya. Dengan
kesefahaman kedua-dua belah pihak
maka kehidupan akan
menjadi lebih ceria dan gembira.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar